Posts
- Get link
- X
- Other Apps
Kimpalan adalah satu proses sambungan logam-logam dengan menggunakan pautan. Kerja meleburkan kepingan-kepingan bahan kerja dengan menambah isi bahan untuk menjadi bahan yang dicairkan dikenali sebagai kolam leburan supaya menjadi cantuman kukuh yg menggambarkan proses kimpalan. Benda kerja mestilah disambung pada litar elektrik kekutuban -ve dan elektrod dipasang pada pemegang elektrod kekutuban +ve. Apabila arus elektrik melalui elektrod dan terdapat ruang antara hujung elektrod dan benda kerja akan menghasilkan percikan (arka), mencairkan logam dan membentuk kolam leburan. Pada masa yang sama hujung elektrod menjadi cair kemudian sebati dalam kolam leburan. Semasa proses ini, fluks menjadi cair dan melindungi kumai yang terhasil daripada udara persekitaran. Kimpalan dalam air menyediakan satu kaedah untuk memasang atau membaiki di dalam air. Ini merupakan satu teknologi amat berguna yang boleh membaiki kapal-kapal yang rosak semasa bencana alam seperti ribut atau peperangan. K...
Kimpalan di dalam air boleh dikelaskan kepada dua jenis ;
- Get link
- X
- Other Apps
Wet welding Kimpalan yang dilakukan dalam air, secara langsung terdedah pada persekitaran di dalam air. Elektrod khas digunakan dan kimpalan dilakukan secara manual sama seperti mengimpal di darat. Kebebasan bergerak di dalam air menjadikan kimpalan lebih berkesan, cekap dan ekonomi. Bekalan kuasa pengimpalan terletak pada permukaan air dan di sambung kepada pengimpal melalui kabel-kabel dan hos. Dalam wet welding MMA (manual metal arc welding) digunakan. Kimpalan Hiperbarik (dry welding) Dijalankan dalam kebuk kering yang dikepung persekitarannya dari terdedah kepada air. Kebuk itu dipenuhi dengan gas (biasanya helium mengandungi 0.5 bar oksigen) pada tekanan lazim. Keadaan persekitaran dimeteraikan dengan saluran paip yang diisi dengan satu campuran helium dan oksigen yang membolehkan pengimpal bernafas seperti biasa. Keadaan ini berlaku diatas tekanan persekitaran.
CIRI-CIRI KESELAMATAN :
- Get link
- X
- Other Apps
CIRI-CIRI KESELAMATAN Kerja kimpalan arka perlu dikendalikan oleh pekerja teknikal yang berkelayakan dan mahir. 2. Alat perlindungan keselamatan yang sesuai iaitu gas dan alat pernafasan, topi penyelam,yang mempunyai penapis gelap, baju renang, sarung tangan (penebat) serta lain-lain alat perlindungan sepanjang masa kerja. 3. Pastikan pelindung (penebat) konduktor elektrik dalam keadaan baik supaya tiada kejutan elektrik. 4. Pastikan mesin kimpalan dipasang dengan sempurna dan berada di dalam keadaan yang baik. 5. Pastikan kabel bekalan kuasa dan kabel kimpalan mempunyai salutan penebat. Jangan belitkan kabel di keliling badan anda. 6. Jangan gunakan kabel yang penebatnya telah haus, merekah atau terkoyak. 7. Matikan suis mesin kimpalan apabila tidak digunakan. 8. Pakai alat perlindungan keselamatan dan alatan menyelam yang sesuai untuk kerja kimpalan dan pastikan ianya berada di dalam keadaan yang baik.
Kebaikan Atau Keburukan
- Get link
- X
- Other Apps
KEBAIKAN : KEBAIKAN Kelebihan Dry Welding Keselamatan Pengimpal- Kimpalan dilakukan dalam sebuah kebuk,untuk melindungi pengimpal daripada arus air dan hidupan laut . Kualiti kimpalan yang baik - Kaedah ini menhasilkan kualiti kimpalan standing dengan mengimpal didarat kerana kandungan hidrogen lebih rendah daripada kimpalan wet. Pengawasan daripada permukaan air – persiapan penyambungan, menselarikan penyambugan paip, ujian tanpa musnah seperti melihat hasil kimpalan dengan mata kasar. : Kelebihan Wet Welding Kos yang digunakan rendah, membuatkan Wet Welding sangat diminati. Masa pengoperasian lebih cepat. Ia kurang mahal berbanding dengan Dry Welding. Pengimpal boleh melakukan proses kimpalan ditempat- tempat yang sukar(sempit). Proses untuk kimpalan Wet Welding tidak memerlukan peralatan yang kompleks. KEBURUKAN : KEBURUKAN Keburukan Dry Welding : Persekitaran kimpalan memerlukan banyak peralatan yang kompleks dan banyak perkakas sokongan dari permukaan. Kebuk yang digunakan juga te...
KAEDAH MENGIMPAL :
- Get link
- X
- Other Apps
KAEDAH MENGIMPAL Terdapat dua teknik mengimpal dengan kimpalan arka gas pelindung, Iaitu: a) Teknik Seret. Menggunakan teknik ini boleh dilakukan dengan elektrod jenis ‘hujung cawan’(deep cup) dimana hujung logam tidak bersentuh dengan bendakerja kerana hujung bahan lakur membentuk seperti cawan. Oleh itu jarak sentiasa kekal pada ketinggian yang sama dan mengahsilkan kumai yang cantik dan kemas. b) Teknik Angkat Menggunakan teknik ini elektrod diangkat pada jarak lebih kurang 1/8 inci dari permukaan bendakerja ketika arka dihidupkan sehingga selesai mengimpal. Teknik ini hendaklah digunakan apa mengimpal dengan elektrod biasa yang bukan jenis ‘deep cup’. Kesan jarak arka, sudut arka dan kelajuan arka ke atas hasil kimpalan. a) Jarak Arka Jarak arka adalah jarak diantara hujung teras logam elektrod dengan permukaan bendakerja. Dimana arka yang diterbitkan akan dapat dikekalkan pada jarak ini. Jarak arka yang terlalu tinggi akan menyebabkan kumai tidak cantik dan jug...