Kimpalan adalah satu proses sambungan logam-logam dengan menggunakan pautan. Kerja meleburkan kepingan-kepingan bahan kerja dengan menambah isi bahan untuk menjadi bahan yang dicairkan dikenali sebagai kolam leburan supaya menjadi cantuman kukuh yg menggambarkan proses kimpalan. Benda kerja mestilah disambung pada litar elektrik kekutuban -ve dan elektrod dipasang pada pemegang elektrod kekutuban +ve. Apabila arus elektrik melalui elektrod dan terdapat ruang antara hujung elektrod dan benda kerja akan menghasilkan percikan (arka), mencairkan logam dan membentuk kolam leburan. Pada masa yang sama hujung elektrod menjadi cair kemudian sebati dalam kolam leburan. Semasa proses ini, fluks menjadi cair dan melindungi kumai yang terhasil daripada udara persekitaran. Kimpalan dalam air menyediakan satu kaedah untuk memasang atau membaiki di dalam air. Ini merupakan satu teknologi amat berguna yang boleh membaiki kapal-kapal yang rosak semasa bencana alam seperti ribut atau peperangan. Kimpalan dalam air adalah sebuah perindustrian yang amat khusus dan menawarkan pekerjaan di pelantar minyak atau industri perkapalan dan tentera.
Kebaikan Atau Keburukan
KEBAIKAN : KEBAIKAN Kelebihan Dry Welding Keselamatan Pengimpal- Kimpalan dilakukan dalam sebuah kebuk,untuk melindungi pengimpal daripada arus air dan hidupan laut . Kualiti kimpalan yang baik - Kaedah ini menhasilkan kualiti kimpalan standing dengan mengimpal didarat kerana kandungan hidrogen lebih rendah daripada kimpalan wet. Pengawasan daripada permukaan air – persiapan penyambungan, menselarikan penyambugan paip, ujian tanpa musnah seperti melihat hasil kimpalan dengan mata kasar. : Kelebihan Wet Welding Kos yang digunakan rendah, membuatkan Wet Welding sangat diminati. Masa pengoperasian lebih cepat. Ia kurang mahal berbanding dengan Dry Welding. Pengimpal boleh melakukan proses kimpalan ditempat- tempat yang sukar(sempit). Proses untuk kimpalan Wet Welding tidak memerlukan peralatan yang kompleks. KEBURUKAN : KEBURUKAN Keburukan Dry Welding : Persekitaran kimpalan memerlukan banyak peralatan yang kompleks dan banyak perkakas sokongan dari permukaan. Kebuk yang digunakan juga te...