Kimpalan di dalam air boleh dikelaskan kepada dua jenis ;
Wet welding Kimpalan yang dilakukan dalam air, secara langsung terdedah pada persekitaran di dalam air. Elektrod khas digunakan dan kimpalan dilakukan secara manual sama seperti mengimpal di darat. Kebebasan bergerak di dalam air menjadikan kimpalan lebih berkesan, cekap dan ekonomi. Bekalan kuasa pengimpalan terletak pada permukaan air dan di sambung kepada pengimpal melalui kabel-kabel dan hos. Dalam wet welding MMA (manual metal arc welding) digunakan. Kimpalan Hiperbarik (dry welding) Dijalankan dalam kebuk kering yang dikepung persekitarannya dari terdedah kepada air. Kebuk itu dipenuhi dengan gas (biasanya helium mengandungi 0.5 bar oksigen) pada tekanan lazim. Keadaan persekitaran dimeteraikan dengan saluran paip yang diisi dengan satu campuran helium dan oksigen yang membolehkan pengimpal bernafas seperti biasa. Keadaan ini berlaku diatas tekanan persekitaran.